Tuesday, November 11, 2014

Bismillah

Kenangan balik kampung '14  
Bismillah,

Rindu nak menulis, rindu nak meluah kata-kata dari hati, kerana diri tak punya kelebihan 
untuk menyampaikan sesuatu terus dari percakapan, untaian kata-kata dari lisan.

Moga Allah redhai dan berkati.

Semoga bermanfaat untuk diri ini juga kalian.

P/s: Penulisan ini dari perspektif aku dan juga dari apa yang aku faham. Mohon diperbetul
diri ini jika ada salah silap dan mohon juga nasihat untuk penambahbaikan. Till then,
-MuhaiminMwa-

Tuesday, November 12, 2013

...

Gambar yang diambil ketika aku baru pulang dari Mesir 
Bismillah,

tibatiba diri ini kepingin bangat..

untuk menulis sedikit sebanyak tentang seorang sahabat yang seorang ini,

sahabat yang paling lama dan paling karib dalam sejarah hidup aku,

12 November 2013

hari yang sangat bersejarah,

hari yang aku gambarkan ketika aku di awal sekolah menengah lagi,

iaitu tiba masanya untuk kau ke luar negara untuk menimba ilmu,

tempatnya sama, Misr

tempat yang mana aku belajar tentang hidup,

tempat yang aku betulbetul merasai nikmatnya hidup bersama ikhwah,

tempat yang telah menyaksikan betapa kerap kalinya aku berlinangan air mata,

kerna rindu, puas, menyesal, takut, bersalah, dan syukur atas segala-galanya,

atas nikmat yang terlalu banyak,

terlalu banyak,

yang DIA berikan padaku,

Allah..

aku mohon kau berkati redhai setiap langkah insan ini,

aku mohon kau tambahkan rezeki buat insan ini,

aku mohon kau kuatkan insan ini

sungguh, insan ini telah bersabar dengan ujian-ujianMu

telah banyak berkorban dari segi masa, wang, tenaga dll demi mencari keredhaanMu

Allah..

lindungi dia di sana, dari anasiranasir jahat dll

thabatkan dia, perkuatkan dia, bantulah dia untuk istiqamah atas jalanMu

sungguh, dia hambaMu yang soleh

Allahu akbar,

sungguh, cantiknya susunan Allah kan

mungkin apa yang kita inginkan itu ditangguhkan

namun, Allah hiaskan dan cantikkan lagi,

impian kita itu dengan menambah berbagai nikmat yang lain,

P/s : Hidup kita ini sangat penuh dengan pilihan. Terlalu banyak pilihan yang perlu kita buat.
Namun, buatlah pilihan yang sesuai dan kena dengan fitrah kita iaitu sebagai seorang Muslim.
Kerna itulah yang terbaik buat kita, Waallahu Yaa'lamu wa Antum La Taa'lamuun. Yakin
yang mana setiap apa yang berlaku atas diri kita, pasti ada hikmahnya. Moga Allah redhai dan
berkati. Till then,

Tuesday, October 29, 2013

Kem rohani SRIH

Bismillah,

Penulisan ini khas buat adikadik tahun 6 sesi 2013 sebagai tanda syukur, tanda rindu dan tanda sayang pada antum. Allahu, sungguh antara pengalaman paling berharga, paling bernilai bersama antum walau hanya 2 hari 1 malam.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertama kali aku turun ke sekolah setelah selesai final exam di cfs iium, aku melihat raut muka mereka. Aku lihat guruguru ini yang sebilangannya pernah mengajar diri ini dari '2001-2006 luaran mereka nampak sedikit berumur namun Allahu akbar semangat mereka masih, masih tinggi, masih bersemangat untuk mendidik anakanak mereka di sekolah. Tabik dengan mereka. Apapun, proses belajar itu tidak pernah berhenti, walau sudah beberapa tahun menamatkan pelajaran di SRIH namun masih banyak yang aku belajar dari kesungguhan dan pengorbanan guruguru ini.

                     

Adikadik, 

Aku harap sepanjang 2 hari 1 malam kita bersama, antum mampu menggarap sedikit sebanyak mutiara yang ingin diberikan oleh kami, aku harap kalian memahami apa yang cuba kami sampaikan dan tekankan, aku harap kalian punya semangat ingin berubah ke arah lebih baik, dan juga kalianlah yang akan meneruskan dan bersamasama kami untuk membantu agama Islam ini. 

Moga setiap muhasabah kehidupan mereka yang lepas dalam sesi garisan hayat dapat membantu mereka untuk lebih gigih dalam mencapai kejayaan dalam hidup di dunia juga dalam masa yang sama tidak melupakan akhirat yang kekal itu. Mogamoga juga mereka akan berusaha sebaiknya untuk merealisasikan segala perancangan hidup mereka yang telah mereka lakar bersama, lukis bersama dan fikir bersama dalam slot what's next. Percayalah, guruguru, ustazustazah sentiasa mendoakan, dan mengaminkan setiap citacita antum dan apapa yang terbaik buat anak murid mereka. 

                   

Hmm,

Hidup ini bukan selalunya gembira, bukan selalunya mudah, bukan setiap masa untuk bermain, bukan hanya belajar, kerja, kahwin, dan mati. Hidup ini perlu dicorakkan! Ya, dicorakkan. Hatilah yang menentukan bagaimana hidup kita dicorakkan. Masih ingat kan?

" Di dalam diri kita, ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh jasad. Akan tetapi, jika buruk daging itu, maka buruklah rosaklah seluruh jasad dan daging itu adalah Hati "

Oleh kerana itu, kita sebagai manusia yang sentiasa inginkan kebaikan dalam hidup perlu mencari sebaikbaik formula supaya hidup sentiasa berada di atas landasan Islam. Bagaimana? Ianya sering kali diulangulang, ditekankan oleh abangkakak dan ustazustazah iaitu melalui proses tarbiyah. Jadi, carilah sekolahsekolah atau tempattempat yang dapat mendidik akhlak, sahsiah dan diri antum ya.

Jika nak diikutkan, banyaak lagi yang nak ditulis, panjang lebar lagi yang nak dinukilkan buat mereka. Bacalah kisah pemuda mus'ab ibn umayr, bacalah tentang muwasofat tarbiyah. Sentiasalah bersihkan hati adikadik dengan zikrullah, istighfar dll. Mulalah sesuatu dengan sekecilkecil kebaikan, namun cuba untuk istiqamah dan kemudian cubalah untuk lakukan lebih kebaikan dari masa ke masa.

P/s : Akhir sekali, terima kasih buat ustazustazah, dan adikadik kerana terima kami sebagai fasi kalian. Maaf atas segala salah silap dan segala peringatan di atas juga buat diri kami yang jauh lebih dhoif dari kalian. Jaga diri antum dan mohon doakan kami semua. With love, MuhaiminMwa

Saturday, October 12, 2013

Di suatu hari

*Credit untuk photographer*



Bismillah..

Di suatu hari..

Ketika pertama kali aku melangkah ke sini, aku pandang sekeliling,

Jujur,

Aku tak sangka ini,

di sinilah medanku..

Banyak,

Sungguh banyak yang aku pelajari,

banyak yang aku pelajari terutama dari kesalahan yang telah aku buat,

Aku mahu maju, lebih maju,

Maju ke hadapan,

Allah, bantulah aku, thabatkan aku, redhai aku, berkati aku

Ya Allah, terima kasih atas nikmat ini

Alhamdulillah..

P/s: CFS IIUM, last day of final exam Sem 1 2013/14, Sabtu, 12 Oct '13

Wednesday, December 19, 2012

Bersukan

Bismillah, 

Petang, jam 6:30 petang phone aku berbunyi tanda ada message masuk. " Min, jom
turun sekolah esok petang nak? nta jadi kapten untuk team budak tahfiz esok. Depa
ada buat pertandingan futsal " Lebih kurang begitu isinya

" Oh, Insha-Allah boleh saja. Petang selepas zuhr..? Berapa team semuanya..? "
Aku membalas kembali message tersebut.

Al-maklumlah, Huzaifah dan Wan Abdul Rahman adalah fasi pada kem tahfiz kali 
ini. Aktif betul mereka, besar betul pengorbanan mereka kan. Cuti mereka sentiasa
terisi untuk perkara-perkara berfaedah. Berfaedah untuk adikadik di Hidayah juga,
untuk mereka, dalam murajaah dsb

Tibatiba sahaja, Huzaifah mengatakan yang pertandingan futsal tersebut diawalkan
waktunya. Pertandingan itu diawalkan pada jam 7.00 am dan beliau mahu mengambil 
aku pada malam sebelum pertandingan untuk tidur di sekolah. Kebetulan, beliau mahu 
menjemput Ridhwan sekali katanya..

Rajin betul Huzaifah ini, sudah diajak mahu lagi menjemput kami di rumah untuk 
membawa ke sekolah. Iyelah, pertandingan esok bermula jam 7..! Lebih baik jika
tidur sahaja di sekolah, tidaklah berkejar-kejar pada hari esoknya.

Tapi, aku terpaksa menolak pelawaan Huzaifah kerana masih ada tugas di rumah. 
Ummi dan Babah tidak ada di rumah untuk beberapa hari atas urusan kerja. Jadi, 
akulah diamanahkan untuk menjaga mereka, membelikan makan minum dsb. 

Lebihlebih lagi pada waktu malam, lagilah tidak boleh ditinggalkan..! Aku bilang 
pada Huzaifah yang esok aku sendiri akan menaiki taxi selepas selesai menunaikan 
solat subuh dll. Janjiku, Insha-Allah akan cuba sampai sebelum pukul 7, secepat yang
mungkin!

Tiba keesokan paginya, Huzaifah memberi message yang beliau sendiri akan pergi 
menjemput aku di rumah selepas subuh. Allah, tak sangka sampai begini tahapnya. 
Sudahlah baru mengambil Ridhwan yang rumahnya hanya beberapa meter dari 
rumahku, mahu pula mengambil aku pagipagi ini

Terharu aku dengan sikap Huzaifah ini. Iyelah, aku ini lesen pun belum ada. Kereta 
duadua ada di rumah, tapi disebabkan lesen halal tiada, jadi tidak ke mana jugalah
kereta tersebut. Ha Ha. Insha-Allah 26 Disember ini tarikh ujian JPJ ku, harap 
lancar aja semuanya..

Lebih kurang jam 6:35am, Huzaifah sampai di hadapan rumahku. Aku ketika itu baru
sahaja siap dengan pakaian dan kelengkapan lain. Jadi ada wajibat pagi tersebut yang
masih belum diselesaikan, nampaknya dalam kereta ajelah selesaikan semua ini. 

Teringat aku katakata seorang pakcik ini, " Kita mesti menjadi seorang yang hebat dalam
mengurus masa..! Dua tugas boleh sahaja dilakukan dalam suatu masa, Multi-tasking
kita mesti kuasai..! "

Sungguh, salah satu kepakaran yang perlu kita kuasai. Namun, banyak lagi kelemahan dari
sudut itu yang perlu aku perbaiki. Jam 7:05am kami sampai ke sekolah setelah berhenti
sebentar di beberapa checkpoint atas urusan tertentu.

Apabila sampai sahaja, kelihatan court 'lagenda' Hidayah sudah mula dipenuhi adikadik
kem tahfiz. Pada perlawanan pertama aku tidak main kerana memberi laluan buat Ustaz
Nazlan untuk beriadhah sebelum beliau akan pergi bersiap ke meeting bersama guruguru lain.


Aku lihat, comelcomel betul pasukan ini. Dua orang pelajar tingkatan 1 dan dua orang
pelajar tingkatan 3. Rupanya, semua pelajar kem tahfiz dicabut undi secara 'random' untuk
menentukan pasukan mereka. Baru wujud keadilan, juga ukhuwwah tanpa diskriminasi di
situ..! Aku setuju dengan pendekatan ini.

Pada game pertama, pasukan ini kalah. Game kedua kami menang, seri pada game ketiga dan
menang dengan juara kumpulan pada perlawanan yang terakhir. Hebat budakbudak ini
walaupun fizikal mereka kecil berbanding lain! Seronok bermain sepasukan bersama mereka
dan yang lain. Gelak tawa, gurau, dan  'kacau mengacau' sentiasa memeriahkan pertandingan
ini...

Susah bebeno mahu jumpa sebuah pertandingan yang tujuan utamanya mengeratkan
ukhuwwah islami ini kan. Kebiasaan jika menyertai sesuatu pertandingan, pasti berlaku sedikit
pergaduhan, pertengkaran dll. Moga ibadah ini diberkati dan diredhai Allah..

Sebagai penutup, aku teringat perkongsian brother afdholin shauki (afdlin) yang mana
kanakanak di situ gemar bermain bola, ya lelaki terutamanya. Ramai dalam kalangan
spesis ini di dunia berkongsi hobi yang sama. Namun, keadaan yang membezakan mereka.

Di United Kingdom mereka bermain bola dengan kasut bola yang berjenama hebat, padang
yang cantik dan memang budaya mereka sukakan bola sepak. Di Malaysia mereka bermain
juga bola sepak dengan kasut bola yang berjenama tetapi padang mereka agak buruk jika
dibandingkan dengan padang di UK.

Di Mesir mereka juga bermain bola, dengan kasut kanvas murah dan mereka hanya bermain
di atas tar jalan raya. Di Brazil, mereka juga bermain bola tetapi di atas padang yang tandus,
tiada rumput. Di Gaza, mereka juga bermain bola tetapi penuh serpihan bom di sekeliling
mereka. Kesan kereta terbakar, dan sebagainya.

Begitulah lebih kurang perbezaan persekitaran di setiap Negara. Alhamdulillah, aku bersyukur
dapat beriadhah bersama dengan insan-insan yang jauh hebat dari aku. Ya, jauh..! Mereka
jadikan hafazan Al-Quran juga sebagai hobi mereka. Mereka sedang menngejar untuk capai
target yang besar..! iaitu Hafiz Al-Quran.

P/s: Moga Allah berkati dan redhai mereka. Sungguh, hanya dengan sebiji bola berjaya
sedikit sebanyak menambah keimanan yang turun naik sifatnya, juga menguatkan tali
ukhuwwah antara kami dan menjalin persefahaman yang erat. Dan jangan lupa yang setiap inci
dalam kehidupan kita adalah 'Ibadah selagi tidak melanggar syariaat dan niatnya kerana
Allah. Till then, (:

Tuesday, December 11, 2012

Mengembara

Bismillah, 

Selangkah demi selangkah. Maju setapak dan terus menapak. Mula ke dunia setelah 
berada di dalam kandungan Si Ibu, kemudian dilahirkan ke dunia (baby), terus maju
sebagai kanak-kanak, remaja, pemuda, selepas itu mula memasuki gerbang cabaran
berkeluarga sendiri dan tidak lama setelah itu _ _ _ _ menjemput kita. 

Proses penciptaan kita..? Al-Mu'minun : 12-14 



Ya, itu jika dipanjangkan umur. Mati itu bilabila boleh datang menjemput. Tiada warning,
achtung, amaran, kita yang masih diberi kenikmatan hidup sebentar di dunia inilah yang
perlu pandaipandai mengurus waktu sebelum segala amal dikira 'expired date' . 

Hidup ini fitrahnya sebagai suatu pendakian yang mulanya dari bawah kemudian naik
mendaki ke atas dan akhir sekali akan kembali ke bawah. Hidup ini juga aku anggap
sebagai suatu pengembaraan hidup yang penuh dengan selok belok, tipu helah dunia
yang memerlukan 'teknik dan kekreatifan' yang tingga untuk menanganinya. 

Ya, hidup ini macammacam lagi jika mahu diumpamakan atau diilustrasikan. Ianya 
subjektif..! Dek kerana itu, ia terpulang pada kita bagaimana mahu kita corakkan dan
hiasa kehidupan kita yang sementara ini. 



Aku seorang yang suka mengembara. Ya, itu aku. Tidak kisahlah, mengembara di luar
negara atau pun di dalam Negara. Masingmasing mempunyai kelebihan dan keunikannya
tersendiri kan..? Mungkin minat ini melekat denganku kerana latar belakang kehidupanku.
Mungkin..

Mahu balik kampung sahaja sudah hampir satu semenanjung pusing..? Mak aku orang
pantai timur, Terengganu manakala Ayahku orang Perlis. Jadi bila pulang ke kampung 
untuk bercuti hari raya memang menyeronokkan..! Rasa 'kejauhan kampung'. Ha Ha.

Aku dilahirkan pun di Negara orang. Jauh dari Malaysia..! Tak tahulah perlu dibangga-
banggakan atau tidak, tetapi aku masih ingat ketika aku masih sekolah rendah, sewaktu
perhimpunan berlangsung ketika mahu menyanyikan lagu Negaraku.. Tiba saat rangkap
" Tanah tumpahnya darahku " aku senyap.. 



Senyap kerana darah aku tumpah di Negara lain bukan di Malaysia. Dan ketika darjah 
6 aku bangga sebentar dek kerana nombor tengah IC aku adalah -87- bukan seperti
majoriti sahabatsahabatku yang lain yang lahir di Malaysia. Haha, itulah sedikit sejarah
kehidupan kecilku. 

Melihatkan gambar di atas, aku tersenyum. Tersenyum dengan peluang yang artis haybat 
ini garap di Negara orang. Perjalanan yang pasti merubah diri ke arah lebih baik Insha
Allah..! 

Aku masih teringat kenangan berada di Rantisi Villa tahun lepas. Kami (bukan semua),
sering mencari-cari video Maharaja Lawak Mega untuk ditonton di laman youtube. 
Biasalah, mahu juga 'up to date' lawaklawak sekarang. Ha Ha. Antara kumpulan yang
terkenal di pertandingan tersebut adalah Jozan, Boboi, Osbon, Jambu dll.

Afdlin Shauki salah seorang peserta pertandingan ini bersama Harun Salim Bachik 
menganggotai kumpulan boboi. Boleh tahan lawaknya, ada kala mencuit hati. Dan,
barubaru ini seperti yang kita tahu, Aqsa Syarif menghantar wakilwakilnya untuk 
menghulurkan bantuan kepada saudara kita di Gaza. 



Dan juga disertai artis atau selebriti Malaysia seperti Afdlin Shauki, Bront Palarae, dan
Zain Saidin. Event ini hangat diperkatakan seluruh Malaysia walhal mungkin juga di
luar Negara dengan bersamanya penyertaan ikhlas dari selebriti ini. Mahu menunjukkan
isu palestin ini semakin didengari oleh rakyat kita dan indikator 'pengembaraan ngeri 
Israel akan kembali kepada penghujungnya..? 

Wakilwakil aqsa syarif ini tiba di Cairo Airport dan disambung meriah oleh pelajar-
pelajar juga pemuda-pemudi yang aktif dalam Kelab IKRAM Mesir juga Aqsa 
Syarif cawangan Mesir. Meriah betul apabila melihat sedikit perkongsian video oleh 
ikhwah di sana. 

Catalyst terhadap kesedaran ini bermula dengan sehelai maflar, sehelai t-shirt, dan
berkembang kepada artisartis maharaja lawak yang lain, kemudian turut menarik
minat selebriti lain untuk bersama memberikan bantuan terus ke Gaza walaupun 
pengembaraan mereka di sana tidak menjamin kepulangan..



Sungguh, pengembaraan punyai suatu nikmat di sebaliknya. Ada yang menilai hanya 
dengan kepenatan perjalanan, mungkin ada yang diuji dengan kesusahan untuk 
berkomunikasi, kerinduan makanan malaysia dan juga kepayahan mengadaptasikan
dengan budaya di Negara orang.



P/s : Suatu pengembaraan itu gunakanlah untuk mentadabbur alam, melihat keunikan
penciptaannya, menghayati panorama-panorama indah yang membawa kita lebih 
dekaaat dengan Dia, dan manfaatkanlah peluang yang ada untuk mengubah diri kita
untuk turut sama mengembara di alam kehidupan yang lebih baik sebelum sampai ke
destinasi utama kita tidak lama lagi.. Till then,

Monday, December 3, 2012

Ride 4 Gaza



Bismillah, 

Pukul 6:45am, kami sekeluarga bertolak dari rumah untuk ke dataran bandaraya. Kali
ini, temanya riadhah! Ride for Gaza program yang telah dianjurkan oleh IKRAM 
Randoneurs, bersama dengan kelab basikal dan persatuan yang lain juga disokong 
oleh Datuk Bandar Johor Bahru. Rider yang hadir lebih kurang 500++



Menarik program dan cara pendekatannya, sangatlah sesuai bagi golongan riders atau 
golongan yang meminati dan menjadikan basikal sebagai hobi mereka untuk menyumbang
dan menunjukkan kesolidariti Ummat Islam atas isu palestin ini!

Mereka menunjukkan dan membuktikan bahawa Umat Islam di Malaysia dan S'pore
juga mengambil berat juga cakna akan isu palestin ini. Tidak kira apa jenis latar belakang
mereka, mereka ramairamai turun dengan satu semangat untuk membuat satu kayuhan
yang luar biasa.



Luar biasa bukan kerana jaraknya, bukan kerana kesukaran trek/laluannya, bukan
kerana kumpulan mereka, ianya luar biasa kerana mereka secara tidak langsung
sedang berdakwah tentang isu palestin untuk rakyat Malaysia secara khususnya yang
mungkin masih leka akan isu ini! Ride for Gaza.



Mereka hanya membuat kayuhan hanya sepanjang 18 kilometer. Ya, hanya 18km.
Terkejut aku, selepas mereka selesai membuat kayuhan aku bertanya kepada salah
satu peserta R4G, apa yang dijawabnya adalah "Jika niat mahu mengayuh basikal
untuk cabaran, maka siasia lah kayuhan hari ini kerana tidak mencabar langsung!


Bagi kita mungkin 18km itu jauh, namun bagi mereka yang memang sudah hobinya
bersama basikal yang mungkin mencecah ribuan ringgit 18km itu hanya perkara mudah
untuk ditamatkan. Bila mereka mengayuh, dari JB ke Mersing baru boleh dikira
memuaskan..!



Teringat aku ketika menjadi fasilitator mukhayyam tingkatan 5 sekolahku yang mana
ianya diadakan di Mersing, ketika dalam perjalanan kami berselisih dengan sahabat
satu batchku, Saifullah yang sedang mengayuh untuk ke Mersing dari Skudai dalam
keadaan hujan pula tu.. Hebat betul riders basikal ini.



Aku ke Program Ride for Gaza ini sudah semestinya bukan sebagai rider tetapi hanya
sebagai sukarelawan yang memegang tabung aqsa syarif ke sana ke mari bagi mengutip
sumbangan dari orang ramai. Aku bersama Mus'ab Aizaini, Hanif Mohd Noor, Aminuddin
dan beberapa orang pakcik lagi.

Ride for Gaza ini bukan sahaja tentang kayuhan basikal, tetapi ada juga program untuk
kanak-kanak iaitu melukis dan mewarna, untuk lelaki yang tidak berbasikal ada sepakan
amal dan untuk perempuan ada balingan amal jika tidak silap. Sepakan amal adalah
sepakan penalti sebanyak 2 kali dan mesti dibayar RM2, begitu juga perempuan. Dan
ada senaman aerobik ar-ruhul jadid.



Seronok betul menjadi sukarelawan bersama mereka, ada kala kami pergi membuat
sepakan amal. Boleh juga kami bersukan ketika itu. Ha Ha, macam ragam 1001 jenis
sepakan yang keluar. Punyalah style dan kreatif mereka ini, tidak kira budakbudak,
pakcikpakcik malah goal keeper sekali pun!

Sebelum pulang, sempat Ustazah Kartini belanja aiskrim buat kami, Mus'ab Hanif dan
aku. Rasa segan pula dengan Ustazah. Ustazah Kartini bagiku adalah seorang guru yang
sangat penyayang, yang penuh dengan sikapsikap keibuan dalam dirinya baik ketika
di dalam kelas dalam proses pembelajaran mahupun di luar kelas! Teringat aku bagaimana
bersungguhnya beliau mengajar subjek yang paling sukar bagiku iaitu addmath, hanya
tuhan ajelah yang tahu betapa susahnya nak mengajar aku.. Terima kasih ustazah


P/s: Kadangkadang kita perlu berfikir di luar kotak untuk berdakwah kepada masyarakat.
Ya, semestinya Shariaah menjadi panduan dan Allah matlamatnya. Berdakwah menuju
kepada Allah yang utama! Tahniah untuk AJK dan orang kuat Ride 4 Gaza atas program
ini. Till then,